Karier kelab Bafétimbi Gomis

Saint-Étienne

Bafétimbi membuat tiga belas penampilan untuk Saint-Étienne dalam musim pertamanya bersama kelab itu, menjaringkan dua gol dalam liga. Pada musim berikutnya, dia dipinjamkan kepada Troyes AC dimana dia menjaringkan enam gol dalam 13 perlawanan. Musim 2005–06 tidak cemerlang seperti musim sebelumnya selepas dia hanya menjaringkan dua gol liga dalam 24 penampilan bersama Saint-Étienne.

Musim 2006–07 adalah musim dimana Gomis menempatkan dirinya bersama Saint-Étienne, menjaringkan sepuluh gol dalam 30 penampilan. Gomis meneruskan momentum ini pada musim 2007–08 dimana dia menjaringkan 16 gol dalam 34 penampilan.

Aksi Gomis menurun pada musim 2008–09 selepas hanya menjaringkan lima gol dalam 17 penampilan liga. Dia cemerlang dalam Piala UEFA, menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.

Lyon

Pada 29 Julai 2009, Olympique Lyonnais mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani penyerang itu dengan harga €13 juta dan dia telah bersetuju dengan kontrak lima tahun.

Dalam hari pertama musim 2011–12, Gomis menjaringkan gol dimana mereka menang 3–1 ke atas Nice pada 6 Ogos 2011.[2] Pada 24 September, Gomis menjaringkan dua gol ketika menentang Girondins de Bordeaux untuk membantu pasukannya menang 3–1.[3]

Gomis menjaringkan 4 gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika Lyon menang 7–1 ke atas GNK Dinamo Zagreb.[4] Pada 25 Februari 2012, Gomis menjaringkan gol ketika menentang PSG untuk menjadikan kedudukan 1–1;[5] perlawanan itu berkesudahan dengan seri 4–4.[6] Gomis menggantikan Alexandre Lacazette pada minit ke-70th ketika menentang AS Saint-Étienne pada 17 Mac dan sepuluh minit kemudian, dia menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 1–0.[7]

Swansea City

Pada 27 Jun 2014, Gomis menandatangani kontrak empat tahun bersama Swansea City selepas meninggalkan Lyon pada akhir musim 2013-14 dengan perpindahan percuma.[8] Dia membuat penampilan pertamanya pada 16 Ogos ketika kemenangan 2–1 ke atas Manchester United di Old Trafford.[9] Gomis menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya pada 9 November 2014 ketika menentang Arsenal dimana mereka menang 2–1.[10]

Rujukan

WikiPedia: Bafétimbi Gomis http://www.espnfc.com/barclays-premier-league/matc... http://www.espnfc.com/player/84940/bafetimbi-gomis... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/320121?cc... http://soccernet.espn.go.com/report?id=320154&cc=5... http://soccernet.espn.go.com/report?id=320394&cc=5... http://www.goal.com/en-us/match/60772/o-lyon-vs-bo... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://af.reuters.com/article/commoditiesNews/idAF... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://uk.soccerway.com/players/bafetimbi-gomis/13...